← Back to list
PICK Remaja: Ibu Bapa, Penjaga Boleh Teman
Oct 03, 2021
PICK Remaja: Ibu Bapa, Penjaga Boleh Teman
Bermula hari ini, ibu, bapa atau penjaga dibenar menemani remaja yang mendapatkan vaksin COVID-19 sehingga ke stesen vaksinasi.
Ia bagi membolehkan mereka melihat sendiri prosesnya namun hanya seorang sahaja dibenarkan menjadi pengiring.
Mereka kemudian diminta tunggu di luar selepas vaksinasi selesai bagi memastikan kerusi yang disediakan di zon pemerhatian mencukupi untuk remaja yang telah divaksinasi duduk dan diawasi.
Selepas tamat tempoh pemerhatian antara 15 hingga 30 minit, remaja akan dikembalikan kepada jagaan ibu bapa atau penjaga.
Individu yang menemani juga dibenarkan untuk merakam video suntikan ke atas remaja ketika proses vaksinasi dijalankan.
KKM Runding Perolehan Ubat Antiviral COVID-19
Malaysia sudah memulakan proses rundingan perolehan ubat antiviral COVID-19 daripada syarikat perubatan Merck.
Menurut Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM), ia adalah sebahagian usahanya untuk terus memperkasa usaha dalam peralihan kehidupan bersama COVID-19.
Ubat berkenaan diberitakan berpotensi mengurangkan risiko kematian COVID-19 dan kadar kemasukan ke hospital sehingga 50 peratus.
Rentas Negeri: Tak Sampai 3 Peratus Sahaja Lagi
Aktiviti rentas negeri dijangka dibenarkan semula tidak lama lagi.
Ini selepas kadar vaksinasi populasi dewasa negara semakin menghampiri 90 peratus dan terkini ia sudah melebihi 87 peratus.
Namun menjelang fasa endemik, Menteri Kesihatan minta rakyat supaya terus bertanggungjawab terhadap kawalan kendiri dan patuh kepada SOP.
Ujar Khairy Jamaluddin, ia memandangkan selepas ini akan ada lebih banyak aktiviti pergerakan dan perhimpunan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca