← Back to list
Rentas Negeri Mungkin Dibenarkan Pertengahan Bulan Depan.
Sep 28, 2021
Rentas Negeri Mungkin Dibenarkan Pertengahan Bulan Depan.
Majlis Pemulihan Negara mencadangkan kebenaran merentas negeri pada pertengahan bulan depan.
Ujar Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kebenaran rentas sempadan negara juga sedang diperhalusi oleh kementerian-kementerian yang terlibat.
Kesemua cadangan itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat.
Tan Sri Muhyiddin dalam pada itu melahirkan rasa puas hati dengan penurunan kes COVID-19.
Beliau berkata ia menandakan pemberian vaksin khasnya kepada populasi dewasa berhasil.
Polis siasat insiden kereta potong garisan berkembar di Kelantan.
Polis Kelantan siasat video viral yang menunjukkan kenderaan didakwa milik seorang timbalan menteri melanggar peraturan jalan raya.
Menerusi video tersebut, kenderaan itu telah memotong kenderaan lain di hadapannya di garisan berkembar secara merbahaya.
Bayi baru lahir maut di lubang tandas.
Seorang bayi maut selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sejurus dilahirkan di Sekinchan, Selangor.
Bayi itu itu dilapor dilahirkan secara tidak sengaja oleh ibunya yang mahu membuang air besar di tandas rumah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca