← Back to list
Pemberian Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Bermula Bulan Depan.
Sep 20, 2021
Pemberian dos ketiga COVID-19 bermula bulan depan.
Dos ketiga vaksin Covid-19 atau dos penggalak akan diberikan kepada orang awam bermula bulan depan.
Jelas Menteri Kesihatan, keutamaan akan diberikan kepada kumpulan rentan atau golongan berisiko tinggi.
Dos ketiga itu katanya bukan bermaksud hasil pemberian dua dos vaksin sebelum ini tidak berkesan sebaliknya ia adalah bagi meningkatkan lagi sistem imun individu.
Kira-kira 500 daftar masuk ke premis awam babitkan individu positif COVID-19 di Kedah.
Lebih 500 daftar masuk ke premis awam babitkan individu positif COVID-19 yang langgar arahan kuarantin di rumah dikesan di Kedah.
Menurut Menteri Kesihatan, jumlah daftar masuk itu dikesan sepanjang minggu lalu melalui aplikasi MySejahtera.
Identiti mereka sudah dikenal pasti dan tindakan lanjut akan diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.
Pakej Penjagaan COVID-19 akan diagihkan kepada golongan B40.
Golongan B40 bakal menerima Pakej Penjagaan Covid-19, PPC sebagai persediaan menghadapi fasa endemik.
PPC itu mengandungi pelitup muka, kit ujian kendiri Covid-19, termometer dan alat pengukur paras oksigen dalam darah atau ‘pulse oximeter’.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca