Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Sesi Persekolahan Tahun Ini Dilanjutkan Hingga Februari Depan.

Sep 13, 2021


sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan hingga februari depan.

Kementerian Pendidikan menetapkan, sesi persekolahan tahun ini akan dilanjutkan hingga Februari tahun depan.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia bagi memastikan semua pelajar bersedia untuk masuk ke kelas berikutnya.

Sesi persekolahan secara bersemuka akan dilaksanakan mulai 3 Oktober ini mengikut fasa PPN.

Bagi negeri fasa 1, semua sekolah masih ditutup dan murid di negeri berkenaan perlu meneruskan sesi PdPR.

Sesi persekolahan secara bersemuka di negeri fasa 2 pula hanya melibatkan murid kelas peperiksaan antarabangsa dan berkeperluan khas manakala pelajar lain akan meneruskan sesi PdPR.

Bagi negeri fasa 3 dan 4, lebih banyak sekolah dibuka dengan majoritinya mengikut sistem penggiliran.

Dengan penggiliran itu, murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu hadir ke sekolah secara bersemuka dan jalani sesi PdPR.

Had kapasiti kelas adalah 50 peratus.

Murid boleh hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam apabila sesi persekolahan secara bersemuka bermula nanti.

Mereka boleh pakai baju yang sesuai, kemas dan sopan jika pakaian seragam sedia ada sudah tidak lagi muat.

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka diwajibkan dan KPM akan membekalkannya khusus untuk golongan murid yang kurang berkemampuan.

Ibu bapa dan penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dan ia tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu menulis surat penjelasan mengenai ketidakhadiran itu dan akan digunapakai hingga penghujung sesi persekolahan tahun ini.

 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca