← Back to list
Selangor, KL & Putrajaya Masuk Fasa 2 PPN Esok.
Sep 09, 2021
Penduduk KL, Selangor dan Putrajaya akhirnya boleh menarik nafas lega kerana akan beralih ke fasa 2 PPN, esok.
Pergerakan antara negeri dan wilayah tersebut dibenarkan tanpa sekatan jalan raya.
Ini kerana KL, Selangor dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.
Penduduk di Lembah Klang juga dapat menikmati kelonggaran yang sama seperti negeri Fasa 2 sebelum ini.
Ia termasuklah pasangan jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri.
Kebenaran rentas negeri juga diberikan kepada ibu bapa yang lengkap divaksin untuk berjumpa dengan anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.
Penduduk yang lengkap divaksin boleh makan di restoran - kelonggaran ini telah pun diberikan kepada negeri-negeri fasa 1 bulan lalu.
Aktiviti pelancongan hanya dalam negeri yang sama juga dibenarkan buat mereka yang lengkap divaksin.
Bagi negeri Fasa 2 dan 3, kelonggaran tambahan diberikan untuk aktiviti kedai gunting rambut, hairdresser dan salon kecantikan.
Fasiliti sukan dan rekreasi indoor atau outdoor kecuali gimnasium dibuka secara janji temu hanya untuk mereka yang lengkap divaksin termasuk di negeri Fasa 1.
Kedai bunga, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan turut dibuka bagi negeri-negeri fasa 1.
Dengan pengumuman terbaru ini, hanya Kedah dan Johor sahaja negeri yang masih berada dalam Fasa 1.
Dalam pada itu, Labuan yang kini berada di Fasa 4 PPN akan dibuka semula untuk program
gelembung pelancongan seperti Langkawi bermula Khamis depan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca