← Back to list
Kadar Kematian COVID-19 Di Lembah Klang Dijangka Turun 3 Minggu Lagi.
Sep 07, 2021
Kadar Kematian COVID-19 Di Lembah Klang Dijangka Turun 3 Minggu Lagi.
Kes kematian akibat Covid-19 yang dilaporkan di Lembah Klang ketika ini tidak merujuk kepada kematian dalam tempoh 24 jam.
Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kebanyakan angka kematian tersebut adalah yang tertunggak atau backlog.
Beliau turut jangkakan kadar kematian di Lembah Klang turun dalam tempoh 3 minggu lagi.
BKC perlu segera diagihkan kepada penerima di kawasan luar bandar.
Perdana Menteri mahu Bantuan Khas COVID-19, BKC segera diagihkan kepada penerima di kawasan luar bandar.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kewangan telah diarah membantu penerima yang tidak mempunyai sebarang akaun bank dan akses perbankan.
Menurut data Kementerian Kewangan, terdapat lebih 700 ribu penerima BKC tidak mempunyai akaun bank.
BKC fasa 1 mula diagihkan di seluruh negara secara berperingkat semalam.
Vaksinasi remaja dilaksanakan apabila 80 peratus penduduk dewasa terima 2 dos lengkap.
Golongan remaja akan divaksin apabila 80 peratus penduduk dewasa terima dua dos vaksin COVID-19.
Jelas Menteri Kesihatan, ia akan dilaksanakan dengan syarat jumlah bekalan vaksin mencukupi.
Sarawak katanya mula memberi vaksin kepada golongan remaja bermula minggu ini kerana mereka mencapai 80 peratus populasi orang dewasa divaksin.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca