← Back to list
Malaysia Bakal Memasuki Fasa Endemik COVID-19.
Sep 02, 2021
Malaysia akan memasuki fasa endemik COVID-19 bermula hujung bulan depan.
Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ia dijangka berlaku selepas 80 peratus penduduk dewasa di negara ini lengkap divaksin.
Susulan itu, kerajaan akan umumkan beberapa langkah untuk memudahkan SOP sedia ada supaya tidak terlalu banyak dan rumit.
Namun jelas Khairy Jamaluddin, pihaknya tidak merancang untuk melonggarkan keperluan pemakaian pelitup muka.
Malaysia tidak merekodkan sebarang kematian akibat vaksinasi Covid-19.
Tiada kes kematian direkodkan akibat vaksinasi Covid-19 di negara ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata menerusi kesan sampingan susulan imunisasi, AEFI, mereka yang alami kesan sampingan teruk pula hanya memerlukan tempoh rawatan yang singkat di hospital.
Setakat ini, lebih 64 peratus penduduk dewasa di Malaysia telah menerima suntikan penuh vaksinasi.
2 beradik dikompaun kerana ingkar arahan kuarantin di rumah.
Di Perlis, 2 beradik dikompaun kerana ingkar arahan kuarantin diri di rumah.
Menurut polis, lelaki yang disahkan positif Covid-19 itu didenda RM6,500 kerana bertindak memotong gelang kuarantin untuk keluar rumah bertemu rakan.
Manakala kakaknya yang merupakan kontak rapat dikompaun RM1,500 kerana sengaja keluar dari premis kuarantin dan tidak mematuhi SOP.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca