← Back to list
Belum Mula Lagi.
Jul 23, 2021
Tiada janji temu vaksinasi COVID-19 diberi kepada remaja berusia 17 tahun ke bawah termasuk calon SPM dalam masa terdekat.
Jelas Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) buat masa ini golongan itu tidak diberi vaksin meskipun pendaftaran sudah boleh dibuat melalui MySejahtera.
Namun vaksinasi bagi pelajar tahun peperiksaan yang telah mencapai atau akan memasuki usia 18 tahun contohnya calon STPM dan STAM diteruskan mengikut jadual janji temu.
Ketika ini, keutamaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah kepada usaha untuk menjayakan Fasa 2 dan 3.
Segera Mohon
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan sejumlah lebih RM6 juta di bawah Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19.
Wang ihsan RM5,000 itu disalurkan kepada lebih 1,200 waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia.
Nadma berharap bantuan itu sedikit sebanyak meringankan beban waris untuk meneruskan kehidupan.
Pihaknya juga gesa waris segera buat permohonan tuntutan wang ihsan berkenaan.
Ini kerana bantuan tersebut tidak dapat disalurkan jika tiada permohonan dibuat.
Kerajaan Bela Nasib Yatim Piatu Akibat COVID-19
Timbalan Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti kes kematian pasangan suami isteri akibat COVID-19.
Ujar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan kebajikan anak-anak mereka terjamin.
Beliau memaklumkan demikian ketika melawat 8 beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 di Rawang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca