← Back to list
Semua Populasi Dewasa Dijangka Terima Vaksin Lengkap Oktober Ini.
Jul 19, 2021
Semua dewasa di Malaysia dijangka akan terima dos lengkap vaksin pada Oktober ini!
Menurut Perdana Menteri, bagi mencapai matlamat tersebut, kerajaan sasarkan peningkatan kadar suntikan 500,000 dos sehari.
Tambah Tan Sri Muhyiddin Yassin, sasaran itu dipercepatkan susulan penemuan varian baru yang lebih ganas dan peningkatan mendadak kes positif sejak kebelakangan ini.
Punca larangan penggunaan surat MITI untuk rentas negeri adalah salah guna sesetengah pihak.
Tindakan kerajaan melarang pergerakan rentas negeri menggunakan surat MITI hingga Rabu ini ada sebabnya.
Jelas Timbalan Perdana Menteri, ia susulan terdapat individu menyalahgunakan surat berkenaan untuk pulang ke kampung.
Ia katanya dikesan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Mei lalu hingga tercetusnya 36 kluster Covid-19 melibatkan perayaan.
Justeru, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu masyarakat mengambil iktibar daripada peningkatan kes jangkitan wabak itu yang berlaku pada Aidilfitri lalu.
Beliau turut menasihati orang ramai agar patuh arahan Pelan Pemulihan Negara dan tidak cuba merentas negeri untuk menyambut Aidiladha, esok.
Sidang khas Parlimen ada ruang perbahasan.
Sidang khas Parlimen yang bakal berlangsung bermula 26 Julai hingga 2 Ogos nanti ada ruang untuk perbahasan.
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Parlimen dan Undang-undang, ia sekaligus tepis dakwaan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa sesi sidang khas itu hanya semata-mata taklimat daripada kerajaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca