← Back to list
Pelajar Terus Jalani PDPR Sehingga Julai
Jun 06, 2021
Pelajar terus jalani PDPR sehingga Julai
Kementerian Pendidikan mengumumkan proses PDPR akan dilaksanakan selama 25 hari sebaik sesi persekolahan bermula 13 dan 14 Jun ini.
Para pelajar akan kembali bercuti antara 16 & 17 Julai sehingga 25 & 26 Julai.
Kementerian juga akan maklumkan kepada ibu bapa dan guru sekiranya pelajar mula dibenarkan kembali ke sekolah bergantung kepada situasi semasa COVID-19.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin turut umumkan tarikh SPM 2021.
Ujian lisan dan amali sains akan berlangsung pada Februari 2022 manakala ujian bertulis akan bermula pada Mac 2022.
---
Suntikan vaksin ke rumah bagi warga emas dan OKU dipertimbang
Kerajaan akan berbincang dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19, CITF untuk membolehkan suntikan vaksin dibuat dari rumah ke rumah khusus untuk warga emas dan mereka yang kurang upaya.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata ia sebagai langkah membantu golongan tersebut menerima suntikan vaksin termasuk mereka yang berdepan masalah pengangkutan.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan mulakan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Selasa ini.
MB Selangor berkata sebanyak 16 pasukan akan digerakkan ke Rumah Jagaan Warga Emas dan golongan OKU bagi memastikan mereka tidak tertinggal untuk menerima vaksin.
AS, lebih 3.4 juta individu telah terima suntikan vaksin COVID-19 selepas lebih 100 hari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca