Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Pasukan Petugas Khas Ditubuhkan Siasat Nahas LRT.

May 25, 2021


pasukan petugas khas ditubuhkan siasat nahas lrt.

Pasukan petugas khas ditubuhkan untuk menyiasat punca nahas dua tren LRT laluan Kelana Jaya malam tadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, laporan awal dijangka diterima hari ini manakala laporan penuh dalam tempoh 2 minggu.

Kemalangan berkenaan adalah yang pertama seumpamanya dalam tempoh 23 tahun perkhidmatan pengangkutan awam terbabit.

Sementara itu, Perdana Menteri mengarahkan siasatan penuh ke atas insiden berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau memandang serius insiden itu dan mahu tindakan segera diambil.

Kemalangan itu mengakibatkan 47 penumpang mengalami kecederaan serius manakala 166 cedera ringan.

Dalam pada itu, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya masih beroperasi seperti biasa hari ini.

Menurut Prasarana, ia beroperasi dengan menggunakan satu landasan dan disokong oleh perkhidmatan bas perantara percuma.

Penumpang bagaimanapun dijangka perlu tunggu lebih lama sedikit daripada biasa ekoran kekerapan tren setiap 10 minit pada waktu puncak.

Perkhidmatan LRT tersebut dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh 3 hari setelah semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca