← Back to list
Kerajaan Beri Justifikasi Tidak Laksanakan PKP seperti tahun lalu
May 23, 2021
Perlu imbangi kesihatan dan ekonomi rakyat
Justifikasi yang diberi kerajaan untuk tidak melaksanakan PKP secara penuh adalah kerana ingin mengimbangi kesihatan dan kelangsungan ekonomi rakyat.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata banyak perniagaan besar terjejas dan perniagaan kecil yang hilang pendapatan ketika pelaksanaan PKP pertama tahun lalu dan perkara itu ingin dielakkan oleh kerajaan.
Antara SOP yang diperketatkan suslan pelaksanaan PKP 3.0 pada Selasa ialah perniagaan hanya dibenar beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
Selain itu, kapasiti pengangkutan awam pula dikurangkan kepada 50 peratus dan 80 peratus pekerja sektor awam wajib bekerja dari rumah manakala bagi sektor swasta, 40 peratus pekerja diwajibkan berbuat demikian.
---
Kawalan kendiri perlu dalam tempoh PKP 3.0
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai agar terus mengamalkan kawalan kendiri atau self lockdown dalam tempoh PKP 3.0 ini.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata ia amat penting bagi memberi masa kepada Kementerian Kesihatan bersiap sedia selain mengumpul bekalan serta menyusun atur wad untuk rawatan pesakit COVID-19.
Foto: KKM
Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia telah melepasi angka setengah juta.
Ini selepas negara mencatatkan 6,320 kes baru semalam.
Selangor kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 1,647 diikuti Sarawk, Kuala Lumpur dan Kelantan.
50 kematian turut direkodkan semalam menjadikan j umlah terkorban meningkat kepada 2,199.
---
Banjir Sabah belum surut
Hampir 5 ribu mangsa banjir di Sabah masih berada di pusat pemindahan sementara.
Kesemua mereka ditempatkan di 39 pusat pemindahan di 2 daerah iaitu Tenom dan Beaufort.
Manakala di Sarawak, jumlah mangsa menurun kepada kira-kira 280 orang,
Kesemua mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan di Limbang dan Miri.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca