← Back to list
May 06, 2021
Kuala Lumpur dikenakan PKP bermula esok hingga 20 Mei.
Ini selepas 17 kluster baru direkodkan di ibu kota, selain peningkatan jumlah kes harian.
PKP turut dilaksanakan di 14 mukim di Besut kecuali Hulu Besut di Terengganu, Johor Bharu, Kulai dan Kota Tinggi di Johor dan Mukim Taiping dan daerah Selama di Perak untuk tempoh sama.
SOP PKP di semua kawasan terlibat sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
Semua sekolah di Selangor, KL dan Putrajaya ditutup mulai hari ini.
Menurut Kementerian Pendidikan, ia bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti susulan peningkatan kes СOVID-19 di negeri terbabit.
la juga mengambil kira tempoh persekolahan yang hanya berbaki 2 hari sebelum ditutup sempena cuti Aidilfitri.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program Jaringan Prihatin.
Program itu merupakan usaha kerajaan yang dibantu syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan untuk menangani cabaran jurang digital.
Ia dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca