← Back to list
Jangan Percaya SOP Aidilfitri Palsu!
Apr 28, 2021
Menteri Kanan Keselamatan memaklumkan senarai SOP sambutan Aidilfitri yang sedang viral di media sosial adalah palsu!
Jelas Menteri Kanan Keselamatan, SOP berkaitan masih belum diumumkan!
Ujar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia sebaliknya sedang diperhalusi Jakim, MKN dan Kementerian Kesihatan.
KKM nilai semula kes peniaga burger di Kelantan.
Kementerian Kesihatan Malaysia akan menilai semula kes peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000 kerana berniaga melebihi waktu ditetapkan.
Ia bagi mempertimbangkan sama ada pengurangan atau pengecualian boleh diberikan jika ada asas yang munasabah.
Sementara itu, peniaga terlibat memaklumkan, sejumlah individu termasuk selebriti menawarkan bantuan untuk membayar kompaun tersebut.
Namun pasangan peniaga itu sedang menunggu keputusan ke atas rayuan yang dikemukakan kepada KKM.
6 pelajar Matrikulasi di Perak dikecualikan daripada bayaran kompaun.
6 pelajar kolej Matrikulasi di Perak yang dikompaun 1,500 ringgit seorang kerana langgar SOP dikecualikan daripada sebarang bayaran.
Exco Negeri berkata ia susulan rayuan yang dibuat pelajar terbabit dan perjumpaan pihaknya dengan Pejabat Kesihatan Negeri.
Keputusan itu juga dibuat berdasarkan situasi pelajar-pelajar berkenaan yang datang daripada keluarga asnaf.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca