← Back to list
Kluster sektor pendidikan membimbangkan
Apr 21, 2021
Kluster sektor pendidikan membimbangkan
Foto - Utusan
Kementerian Kesihatan mengesan 83 kluster jangkitan COVID-19 dalam sektor pendidikan sejak 1 Januari lalu hingga semalam.
Kesemua kluster itu membabitkan sejumlah 4,868 kes seperti dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan.
Daripada keseluruhan 83 kluster, sebanyak 49 kluster masih aktif dengan 2,617 kes manakala 34 kluster dengan 2,251 kes diisytiharkan tamat.
-----
Sidang akhbar KP Kesihatan minggu depan
Foto - Astro AWANI
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dijangka kembali mengadakan sidang akhbar Covid-19 pada minggu hadapan.
Perkara itu disahkan Tan Sri Dr Noor Hisham kepada Sinar Harian dalam pesanan menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.
Kali terakhir beliau muncul pada sidang akhbar adalah pada 4 Mac lepas sehingga menimbulkan tanda tanya rakyat termasuk para media.
-----
Iklan judi raya, 25 sudah ditahan
Foto - FMT
Polis setakat ini sudah menahan 25 individu dipercayai terbabit dalam pembikinan empat video iklan perjudian bertemakan sambutan Aidilfitri.
Polis Dang Wangi berkata, daripada jumlah itu, 12 orang masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan.
Beberapa klip video iklan hari raya yang dipercayai diterbitkan syarikat perjudian dalam talian tular di laman sesawang, baru-baru ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca