← Back to list
Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Bermula 17 April.
Apr 02, 2021
Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diawalkan.
Ia bakal bermula 17 April ini, awal 2 hari dari tarikh asal dan tumpuan adalah golongan warga emas, OKU dan pesakit kronik.
Kempen pendaftaran akan dipergiatkan kerana baru 30 peratus golongan sasaran fasa kedua tampil mendaftar menerusi MySejahtera.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan juga diteruskan seperti biasa semasa Ramadan nanti.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vaksin boleh diberikan pada waktu malam selepas buka puasa.
Perkhidmatan berkenaan disediakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu sehingga menjelang Aidilfitri.
Penerima dos lengkap vaksn Covid-19 mungkin boleh rentas negeri.
Individu yang sudah menerima 2 dos suntikan vaksin COVID-19 mungkin dibenar rentas negeri dan negara.
Perdana Menteri berkata ia satu bentuk kemudahan kepada individu yang sudah mendapat vaksin itu.
Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi, ia juga sebagai galakan untuk rakyat menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Setakat ini 7.5 juta individu telah tampil mendaftar secara sukarela di bawah program tersebut.
Hampir 700,000 sudah terima suntikan vaksin dan 215,000 telah lengkap mendapat suntikan ke-2.
MyBayarSaman trending di Google Malaysia.
MyBayar Saman muncul antara carian paling trending di Google Malaysia bulan lalu.
Ia susulan kempen bayar saman trafik secara online dengan diskaun 50 peratus yang dilancarkan PDRM.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca