← Back to list
Beri Masa & Ruang Kepada SPR.
Mar 29, 2021
Suruhanjaya Pilihan Raya wajar diberi lebih masa untuk melengkapkan persediaan bagi melaksanakan pendaftaran pemilih automatik dan layak mengundi pada usia 18 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata banyak prosedur yang terlibat termasuk urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Baru-baru ini SPR memberitahu, pendaftaran pemilih automatik dan layak mengundi pada usia 18 tahun hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.
Namun SPR tetap komited untuk merealisasikannya pada PRU15 iaitu menjelang 2023.
Peringatan Untuk Sekolah
Sekolah diingatkan untuk terus memperketatkan SOP bagi mengekang penularan COVID-19.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut meminta ibu bapa selalu mengingatkan anak-anak supaya menitik beratkan SOP sepanjang berada di sekolah.

Pihaknya juga akan merujuk Pejabat Kesihatan Daerah untuk mendapatkan pandangan dan langkah yang perlu diambil jika wujud sebarang masalah berkaitan COVID-19.
Ahad dan Isnin nanti giliran murid-murid sekolah menengah pula memulakan sesi persekolahan bersemuka di seluruh negara.
Tukar Pendekatan Untuk Kes Ekzos Bising
Pihak berkuasa kini memilih pendekatan advokasi untuk kesalahan ekzos kenderaan bising.
Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), perkara itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan ia juga bermaksud agar pesalah tidak dikenakan tindakan saman buat masa ini.

Pesalah yang terlibat akan menerima notis panggilan temu siasat dan perlu tampil memberi keterangan di mana-mana cawangan JPJ.
Hukuman asal untuk kesalahan tersebut ialah saman sehingga RM2,000 dan penjara tidak melebihi 6 bulan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca