← Back to list
Rakyat luar bandar mungkin terima suntikan vaksin 1 dos
Mar 28, 2021
Mungkin hanya 1 dos suntikan vaksin untuk penduduk luar bandar
Kerajaan pertimbang untuk beri suntikan vaksin 1 dos kepada penduduk luar bandar.
Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian selepas mengambil kira faktor logistik yang mungkin akan menyukarkan rakyat luar bandar untuk mendapatkan suntikan kedua.
Kerajaan mungkin akan menggunakan vaksin daripada China untuk tujuan tersebut memandangkan vaksin Pfizer dan Sinovac memerlukan 2 suntikan.
---
Keputusan sama ada bekerjasama atau tidak terletak pada UMNO
Terserah kepada UMNO…
Itu respons Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kemungkinan tiada kerjasama dengan UMNO pada PRU 15 nanti.
Hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini dijangka buat keputusan muktamad mengenai soal kerjasama parti itu dengan BERSATU pada PRU 15.
---
SPR perlu beri penjelasan penangguhan pendaftaran pemilih automatik
SPR perlu tampil untuk beri penjelasan berhubung masalah yang dihadapi untuk melaksanakan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi 18 tahun.
Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian selepas SPR ambil keputusan
menangguhkan perkara tersebut yang sepatutnya bermula Julai i ni ke September tahun depan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca