← Back to list
KKM Beri Jaminan Vaksin AstraZeneca Selamat.
Mar 25, 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jamin vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca selamat digunakan.
Ini kerana data dari ujian klinikal tidak menunjukkan kesan sampingan yang serius.
Penjelasan itu diberi ekoran timbul isu keselamatan vaksin keluaran syarikat tersebut yang tular di luar negara.
Hampir 6 Juta Mohon i-Sinar
KWSP telah meluluskan pengeluaran sebanyak RM52 bilion menerusi Program i-Sinar.
Ia membabitkan hampir 6 juta pemohon dan RM32 bilion telah dikreditkan ke akaun penerima.
Bagi Skim i-Lestari pula, jumlah pengeluaran keseluruhan setakat ini mencecah RM20 bilion membabitkan lebih 5 juta penerima
Diskaun Saman Trafik
Kempen bayar saman trafik bermula hari ini sehingga 11 April sempena Peringatan Hari Polis ke-214.
Diskaun hingga 50 peratus ditawarkan dan bayaran hanya boleh dibuat menerusi aplikasi My Bayar Saman.
Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai bayar saman secara ‘e-payment’ juga mematuhi PKP.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca