← Back to list
Boleh Tanya KJ Di IG Tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Mar 24, 2021
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin akan menjawab sendiri kemusykilan orang ramai berkenaan program itu.
Soalan boleh dikemukakan menerusi Instagram Story Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Lebih 452,000 sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 daripada lebih 6.3 juta individu yang mendaftar.
Ambil Vaksin Semasa Ramadan Hukumnya Harus
Harus hukumnya mengambil suntikan vaksin semasa Ramadan.
Justeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan, tiada halangan untuk umat Islam mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 ketika bulan puasa nanti.
Ujar Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ia selaras dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Maklumkan Jabatan Kesihatan Jika Terlepas Temu Janji Vaksinasi
Orang ramai perlu memberitahu Jabatan Kesihatan jika tidak dapat hadir ke temu janji suntikan dos ke-2 vaksin COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh mohon penjadualan semula vaksinasi dalam tempoh 40 hari selepas dos pertama.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca