← Back to list
Pendaftaran vaksin COVID-19 akan diperhebat
Mar 22, 2021
Majoriti rakyat Malaysia masih mengamalkan konsep tunggu dan lihat sehingga menyebabkan pendaftaran vaksin secara sukarela bergerak perlahan.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, pihaknya akan memastikan program komunikasi berkaitan vaksin akan terus dipergiat dari masa ke masa.
Tambah Khairy, setakat ini lebih 6.1 juta individu telah berdaftar untuk mendapat suntikan COVID-19.
Pada masa sama, lebih 428 ribu dos vaksin selesai disuntik kepada petugas barisan hadapan.
---
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan berkemungkinan akan mencadangkan tarikh akhir pendaftaran vaksin COVID-19.
Jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, pendaftaran secara terbuka tidak wajar dibuat terlalu lama kerana akan melambatkan proses vaksinasi.
---
Dalam perkembangan lain, kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.
Dana tersebut bertujuan berikan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID 19.
RM50 ribu akan dibayar jika berlaku sampingan yang serius serta setengah juta ringgit babitkan kes hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin.
---
Polis buka kertas siasatan berhubung pasangan instafamous yang dipercayai beri alasan palsu memohon kebenaran rentas negeri sehingga tular di media sosial.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca