← Back to list
Pendaftaran Sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Dibuka.
Mar 16, 2021
Pendaftaran sebagai sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kini dibuka.
Orang ramai boleh mohon melalui laman web www.myvac.com.my bagi membantu petugas barisan hadapan dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima.
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang sihat tubuh badan boleh mendaftar sama ada sebagai sukarelawan am atau perubatan.
Pendaftaran vaksinasi Covid-19 di negeri Pantai Timur terendah.
Pantai Timur catat peratusan terendah bagi pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Semenanjung.
Justeru Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi minta agensi kerajaan, PBT dan JPKK lebih aktif membantu penduduk mendaftar.
Isu kompaun maksimum RM10,000 akan diperincikan.
Kekeliruan mengenai isu kompaun maksimum RM10,000 bagi individu yang ingkar SOP PKP akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ia akan dibincangkan melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Darurat Covid-19 hari ini.
Antara yang akan dibincangkan adalah senarai jenis kesalahan dan jumlah kompaun maksimum yang boleh dikenakan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca