← Back to list
14032021 kompaun, covid-19, telur
Mar 14, 2021
Kompaun 10 ribu ringgit terpakai untuk semua kawasan PKP!
Kompaun 10 ribu ringgit yang dikuatkuasakan kerajaan terpakai untuk semua kawasan PKP termasuk Bersyarat dan Pemulihan.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan sekaligus menjamin keselamatan mereka.
Tambahnya, nilai maksimum kompaun tersebut disasarkan kepada mereka yang berulangkali melanggar SOP.
Bagi pesalah pertama yang turut diberikan kompaun maksimum tersebut, mereka boleh membuat rayuan kepada pejabat kesihatan negeri untuk pengurangan harga.
---
Kes positif COVID-19 kekal bawah angka 2 ribu
Kes positif harian COVID-19 terus kekal di bawah angka 2 ribu apabila 1,470 kes direkodkan semalam.
1,830 lagi kes telah sembuh manakala 3 kematian dicatatkan menjadikan angka maut meningkat kepada 1,206.
Selangor merupakan negeri dengan kes tertinggi iaitu 551 kes, diikuti Sarawak dan Pulau Pinang.
---
KPDNHEP pantau bekalan dan keselamatan telur pasaran negara
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan pastikan bekalan telur di negara ini mencukupi dan selamat.
Ia ekoran keputusan Singapura menarik balik telur di pasarannya yang diimport dari Malaysia yang didakwa berhubungkait dengan jangkitan bakteria dan penyakit.
Kerajaan masih menunggu laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan KKM berhubung dakwaan itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca