← Back to list
Imunisasi COVID-19 : Malaysia Berada Di Landasan Tepat!
Mar 09, 2021
Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk capai sasaran 80 peratus rakyat divaksin dalam usaha membentuk imuniti kelompok bagi memerangi Covid-19.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berharap lebih ramai lagi individu mendaftar sebagai penerima vaksin dan pihaknya sasar untuk capai lebih 5 juta orang dalam tempoh 2 minggu.
Setakat ini, 3.8 juta rakyat sudah mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin tersebut.
KJ penerima vakin Sinovac pertama di Malaysia
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bakal jadi penerima pertama vaksin Sinovac di negara ini!
Ini selepas vaksin dari China itu diberikan kebenaran bersyarat oleh Kementerian Kesihatan.
Terdahulu, KJ berkata beliau tidak akan mengambil suntikan vaksin Pfizer, sebaliknya akan mengambil vaksin seterusnya yang akan diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara.
Langkah itu katanya bagi menepis dakwaan kononnya golongan pemimpin hanya akan mengambil vaksin Pfizer sahaja.
Proses permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2021/2022 percuma
Tiada bayaran proses UPUOnline bagi permohonan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022.
Kementerian Pengajian Tinggi membuat keputusan itu bagi meringankan beban calon penuntut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca