← Back to list
Tunggu Januari Depan Untuk Daftar Pemain Import Baru
Sep 25, 2025
Tunggu Januari Depan Untuk Daftar Pemain Import Baru
Kelab Liga Malaysia perlu tunggu hingga jendela perpindahan kedua pada Januari tahun depan untuk daftarkan pemain import baru.
Menurut MFL, meskipun ada kelab yang tamatkan kontrak pemain import ketika ini, mereka tidak dibenarkan menggantikan pemain berkenaan buat masa ini.
Tambahnya, setiap pasukan yang mahu tamatkan kontrak pemain perlu mengikut prosedur dan tatacara ditetapkan agar tidak berlaku sebarang masalah di masa depan.
Bantu Hakim Danish Ramli - KBS
Kerajaan sudah salurkan dana hampir RM2 juta kepada pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli untuk beraksi di pentas Moto3.
Namun, Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata jumlah itu belum cukup untuk menampung keseluruhan kos perlumbaan.
Susulan itu, beliau berharap syarikat korporat di luar sana dapat salurkan tajaan tambahan bagi menjadikan impian pelumba kelahiran Terengganu itu jadi kenyataan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi