← Back to list
Selangor Julang Trofi Piala Cabaran
Feb 23, 2025
Selangor Julang Trofi Piala Cabaran
Selangor muncul juara Piala Cabaran!
Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu benam PDRM 4-0 pada aksi final kedua sekaligus menjuarai kejohanan itu dengan agregat 7-0.
Pada aksi final pertama, Selangor menang 3-2 ke atas PDRM namun skuad The Cops telah lakukan kesilapan dengan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada perlawanan tersebut.
Susulan itu, PDRM dilucutkan hak perlawanan dan dikira kalah sekali gus membolehkan Selangor raih kemenangan 3-0 pada aksi final pertama.
Untuk rekod, ini merupakan trofi pertama Selangor dalam tempoh 10 tahun.
EPL : Arsenal tewas 0-1 kepada West Ham
Arsenal terlepas peluang untuk rapatkan jurang mata dengan pendahulu, Liverpool selepas tewas 0-1 kepada West Ham pada aksi EPL.
The Gunners kekal di tangga kedua liga, 8 mata di belakang The Reds.
Antara keputusan lain,
Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk catat keputusan seri 2 sama dengan Everton,
Tottenham benam Ipswich town 4-1,
Chelsea tewas 1-2 kepada Aston Villa
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi