← Back to list
Piala ASEAN : Malaysia 0-1 Thailand
Dec 15, 2024
Piala ASEAN : Malaysia 0-1 Thailand
Malaysia tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang muda Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Keputusan itu menyaksikan Thailand kini duduki tangga teratas kumpulan dengan 6 mata manakala skuad Harimau Malaya di kedudukan ketiga dengan 4 mata.
Malaysia seterusnya akan berdepan Singapura bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 20 Disember ini.
Jelajah Dunia Akhir BWF : 2 wakil Malaysia mara ke final
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akan berdepan wakil Denmark, Kim Astrup dan Anders Rasmussen manakala beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
2 wakil Malaysia bakal berentap pada final badminton Jelajah Dunia Akhir BWF, hari ini.
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akan berdepan wakil Denmark, Kim Astrup dan Anders Rasmussen manakala beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan menentang pasangan China.
EPL : Liverpool 2-2 Fulham
Liverpool bangkit daripada ketinggalan 2 kali untuk ikat Fulham 2 sama pada aksi Liga Perdana Inggeris.
Diogo Jota muncul penyelamat The Reds apabila jaringkan gol penyamaan, 4 minit sebelum perlawanan tamat.
Liverpool kekal di tangga teratas liga, 5 mata di depan pencabar terdekatnya, Chelsea yang akan berdepan Brentford, awal pagi esok.
Antara keputusan lain,
Arsenal terikat tanpa jaringan dengan Everton,
Nottingham Forest tundukkan Aston Villa 2-1,
Dan, Newcastle benam Leicester 4-0
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi