← Back to list
FAM Didenda Lebih RM1.8 Juta Oleh FIFA
Sep 27, 2025
FAM didenda kira-kira RM1.8 juta oleh FIFA kerana melanggar peraturan berkaitan pemalsuan dokumen pemain.
FAM didapati menyerahkan dokumen yang palsu bagi membolehkan 7 pemain diturunkan ketika aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam Jun lalu.
Tujuh pemain yang terlibat turut digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak.
Kes kelayakan pemain Malaysia kini dirujuk kepada Tribunal Bola Sepak FIFA untuk tindakan seterusnya.
Dalam pada itu, FAM sahkan akan kemukakan rayuan kepada FIFA untuk pastikan kepentingan pemain dan pasukan kebangsaan.
.....
Kelantan The Real Warriors tewaskan kelab Brunei, DPMM FC 2-1 pada aksi Liga Super.
Ini menyaksikan kekalahan ketiga berturut-turut DPMM dalam liga sekali gus kekal di tangga tercorot dengan 1 mata.
.....
Sementara itu, Negeri Sembilan dijadual berdepan Sabah pada aksi Liga Super malam ini.
Ikuti secara langsung aksi Liga Super berkenaan bermula 8.30 malam ini di ASTRO, saluran 803 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, Harry Kane menjaringkan dua gol untuk bantu Bayern Munich belasah Werder Bremen 4-0 pada aksi Bundesliga.
Ini sekali gus menjadikannya sebagai pemain terpantas menjaringkan 100 gol bersama kelab di liga utama Eropah dalam 104 perlawanan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi