← Back to list
Piala ASEAN: Tiket Mula Dijual Hari Ini
Nov 25, 2024
Pengendali baru Manchester United, Ruben Amorim minta peminat tidak mengharapkan keputusan segera mahupun kejayaan mendadak.
Ia memandangkan dia baru mempunyai 2 sesi latihan penuh dengan pasukan utama dan perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem dan gaya latihan.
Amorim berkata demikian selepas kelab itu sekadar seri satu sama dengan Ipswich dalam aksi EPL, yang juga perlawanan pertamanya sebagai ketua jurulatih kelab tersebut.
---
JDT dijangka berdepan tugas mencabar apabila berdepan kelab dari China, Shandong Taishan FC pada aksi Kumpulan Zon Timur, Liga Juara-Juara Asia Elit di China esok.
Pengendali Skuad Harimau Selatan, Hector Bidoglio berkata di samping cuaca sejuk kelab Liga Super China itu juga mempunyai barisan pemain berkualiti.
2 pertemuan terdahulu iaitu pada 2019 kesemuanya memihak kepada Shandong.
---
Penyokong Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN di Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula hari ini.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente akan memulakan kempen menentang Kemboja pada 8 Disember di Phnom Penh.
Manakala, Stadium Nasional akan jadi tuan rumah melibatkan aksi Malaysia menentang Timor Leste pada 11 Disember dan Singapura pada 20 Disember nanti.
---
Siasatan kes serangan asid ke atas bintang Selangor FC, Faisal Halim telah diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, PDRM.
Unit berkenaan mengendalikan kes-kes berprofil tinggi termasuk kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan.
---
Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yi kini berada di kedudukan ke-18 ranking BWF selepas muncul naib juara Badminton Masters China.
Sementara itu pemain beregu wanita, Vivian Hoo yang juga kakak kepada Pang Ron memaklumkan NST, dia rancang bersara selepas Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, Januari nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi