← Back to list
Bodo/Glimt Cipta Sejarah Besar!
Feb 25, 2026
Inter Milan tersingkir pada aksi play-off Liga Juara-Juara.
Ini selepas finalis tahun lalu itu tewas 1-2 kepada Bodo/Glimt pada aksi timbal balik pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Bodo/Glimt mara ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama dalam sejarah kelab itu dengan agregat 5-2.
Aksi lain berkesudahan,
Atletico Madrid benam Club Brugge 4-1 untuk mara dengan agregat 7-4,
Bayer Leverkusen mara dengan agregat 2-0 selepas terikat tanpa jaringan dengan Olympiacos,
Dan Newcastle menewaskan Qarabag 3-2 sekali gus mara dengan agregat 9-3.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, JDT dijadual berkunjung ke tempat lawan, Melaka FC untuk aksi suku akhir kedua Piala Malaysia malam ini.
Skuad Harimau Selatan hampir pasti melayakkan diri ke separuh akhir selepas catat kemenangan 5-0 pada aksi pertama sebelum ini.
Ikuti secara langsung aksi Piala Malaysia berkenaan bermula 10 malam ini, di ASTRO saluran 803 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, 7 wakil negara akan memulakan aksi pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jerman hari ini.
Ini termasuk dua pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh dan Leong Jun Hao serta beregu campuran, Goh Soon Huat – Shevon Lai.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi