← Back to list
BAM optimis mampu capai emas
Oct 22, 2025
Datuk Razif Sidek menyuarakan kebimbangan terhadap kesan jadual padat yang dihadapi 2 beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin.
Bekas jurulatih kebangsaan itu memaklumkan Harian Metro, mereka dilihat semakin kepenatan selepas harungi terlalu banyak kejohanan, sekali gus boleh jejas konsistensi dan kualiti permainan.
Menurut beliau lagi, bagi musim 2025 ini Aaron-Wooi Yik yang merupakan pasangan nombor 3 dunia sudah beraksi dalam 18 kejohanan, manakala Sze Fei-Izzuddin 15 kejohanan.
Aaron-Wooi Yik juga dijangka menyertai Sukan SEA Thailand, Disember ini, justeru Datuk Razif berharap mereka dapat mengatur jadual latihan dan rehat dengan lebih seimbang.
Dalam pada itu BAM optimis mampu capai sasaran 2 pingat emas pada Sukan SEA Thailand nanti meskipun skuad negara berdepan jadual padat di pentas antarabangsa.
Ujar Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, ia berasaskan prestasi semasa skuad negara yang semakin matang meskipun pasukan serantau dijangka menurunkan barisan terbaik mereka.
Sementara itu legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei tegaskan keputusannya kembali berkhidmat untuk BAM adalah demi melonjakkan prestasi sukan itu ke tahap lebih tinggi.
---
Pengendali JDT gembira dengan komitmen pemainnya selepas tumpaskan Chengdu Rongcheng 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit, semalam.
Ujar Xisco Munoz, anak buahnya telah bermain dengan sepenuh jiwa untuk memastikan kemenangan mereka meskipun keadaan padang kurang berkualiti.
Ia merupakan kemenangan pertama JDT dalam kejohanan tersebut selepas tewas dan seri dalam 2 perlawanan sebelum ini yang menyaksikan mereka berada di kedudukan ke-4.
Sebagai rekod, hanya 8 pasukan Zon Timur akan mara ke pusingan 16 terbaik.
---
Liverpool akan berusaha untuk memecahkan rentetan kekalahan mereka apabila menentang Eintracht Frankfurt dalam aksi Liga Juara-Juara esok.
Setakat ini, The Reds sudah tewas 4 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.
Tonton secara langsung pertemuan Liverpool- Eintracht Frankfurt mulai 2.55 pagi nanti di Astro saluran 822 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi