← Back to list
Bergson muncul penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman!
Sep 22, 2025
Bergson da Silva kini penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman!
Penyerang kelahiran Brazil itu kini miliki 109 gol selepas jaringkan hatrik untuk bantu JDT belasah Sabah 8-0.
Bergson padam rekod milik Indra Putra Mahayuddin sebelum ini yang jaringkan 106 gol.
__
Sementara itu, pengendali Selangor akur dengan kekalahan 0-1 kepada Kuching City.
Kinoshi Katsuhito berkata anak buahnya sudah menunjukkan semangat juang tinggi meskipun berdepan jadual padat dan keadaan cuaca yang mencabar.
__
Dan, Arsenal merupakan pasukan yang lebih baik.
Itu respons pengendali Manchester City, Pep Guardiola selepas anak buahnya seri 1-1 dengan Arsenal pada aksi EPL.
Erling Haaland jaringkan gol pada minit kesembilan untuk meletakkan City di depan sebelum Gabriel Martinelli jaringkan gol penyamaan The Gunners pada waktu kecederaan.
Keputusan itu menyaksikan Arsenal duduki tangga kedua liga manakala Manchester City berada di kedudukan kesembilan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi