← Back to list
Forest lantik Sean Dyche sebagai pengendali baharu!
Oct 21, 2025
Nottingham Forest umum pelantikan Sean Dyche sebagai pengendali baharu secara rasmi.
Bekas pengendali Burnley dan Everton itu mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan Ange Postecoglou, yang dipecat selepas hanya 39 hari mengendalikan pasukan.
__
Arsenal mahu kekalkan rentak kemenangan apabila berdepan Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok.
The Gunners kini menghuni tangga kelima liga dengan enam mata selepas dua perlawanan, manakala Atletico di kedudukan ke-10 dengan tiga mata.
Ikuti aksi antara Arsenal dan Atletico secara langsung bermula 3 pagi nanti di Astro, saluran 822 dan Sooka!
__
Dan, enam pasukan terbaik sah mara ke pusingan akhir Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia Musim Ke-16, bulan depan.
Antaranya ialah Selangor Red Giants, CG Esports dan Homebois.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi