← Back to list
Man United Kejutkan Chelsea
Sep 21, 2025
Manchester United tewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan dramatik di Old Trafford pada aksi EPL awal pagi tadi.
Ia sekali gus beri kelegaan buat pengurusnya Ruben Amorim yang terima tekanan hebat ekoran permulaan hambar musim ini.
United memperoleh kelebihan seawal minit ke-5 apabila penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez dilayangkan kad merah.
Gol-gol United dijaringkan oleh kapten Bruno Fernandes dan Casemiro, manakala gol tunggal The Blues disumbangkan oleh Trevoh Chalobah.
Ia turut menyaksikan Bruno Fernandes kini telah menjaringkan 100 gol untuk Manchester United dalam semua pertandingan!
Sementara itu Liverpool mengekalkan permulaan baik dalam aksi musim ini dengan kemenangan 2-1 ke atas Everton.
---
Keceriaan Kelantan The Real Warriors layak ke suku akhir Piala FA sedikit terjejas.
Ia susulan mereka tewas 1-3 kepada PDRM FC pada aksi Liga Super di Selayang malam tadi.
3 mata sulung itu pula bantu The Cops melunaskan misi perbaiki kedudukan dalam carta liga musim ini.
Pertembungan Imigresen FC dengan Negeri Sembilan pula berkesudahan dengan seri satu sama.
---
Skuad JDT 2 gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Perak FA pada aksi Liga A1 Semi Pro.
---
Harimau Malaya tewaskan UAE 1-0 pada saingan Kelayakan Piala Asia Futsal di Kuantan.
---
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mara ke final Kejohanan Badminton Masters China.
Ini selepas beregu campuran negara itu tumpaskan wakil tuan rumah yang juga pasangan pilihan.
Tang Jie-Ee Wei bakal berdepan lawan dari Thailand dan mereka merupakan wakil tunggal Malaysia di final kejohanan itu selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik kandas di separuh akhir.
Saksikan Masters China secara langsung bermula 1 tengah hari ini di Astro Badminton, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi