← Back to list
Bendera terbalik pada jersi Zii Jia: Hannah enggan panjangkan isu, permohonan maaf memadai
Dec 19, 2024
Hannah Yeoh sifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai dan enggan memanjangkan isu berkenaan.
Menteri Belia dan Sukan itu menggesa pengurus dan atlet lain agar mengambil serius isu itu bagi mengelakkan kesilapan sama berulang di masa hadapan.
Zii Jia menjadi tumpuan kontroversi apabila beliau memakai jersi dengan bendera Malaysia dijahit terbalik ketika beraksi dalam Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF di China baru-baru ini.
__
FAM mempertahankan keputusan pengadil sewaktu aksi antara Sri Pahang dan JDT pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.
Timbalan Presiden FAM menegaskan pengadil dan pegawai video bantuan pengadil menunjukkan prestasi cemerlang dan terpuji.
Datuk S. Sivasundaram menambah keputusan yang dibuat adalah tepat dan berpandukan Undang-Undang Permainan FIFA dan protokol VAR.
Terdahulu, pengendali Sri Pahang kecam mutu pengadilan yang disifatkan berat sebelah selepas pemainnya dilayangkan tiga kad kuning.
Tambahnya, tiada pemain JDT dikenakan tindakan sama ketika penyerang importnya, Kpah Sherman dikasari berulang kali.
__
Dan,
Pau Marti Vicente jangkakan anak buahnya berdepan tugas sukar pada aksi pertembungan terakhir Piala ASEAN menentang Singapura, malam esok.
Pengendali Harimau Malaya itu berkata ia susulan skuad Lions mengatasi Malaysia dengan dua mata dan hanya perlu seri untuk mara ke peringkat seterusnya.
Untuk layak ke separuh akhir, Malaysia wajib menang ke atas Singapura, selain mengharapkan Thailand tewaskan Kemboja dalam satu lagi perlawanan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi