← Back to list
Zii Jia mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF
Dec 13, 2024
Pemain perseorangan Lee Zii Jia dan beregu lelaki, Aaron Chia/Soh Wooi Yik serta Goh Sze Fei/Nur Izzuddin tewaskan lawan masing-masing pada hari kedua Jelajah Dunia Akhir BWF.
Ini sekali gus menyaksikan Zii Jia sahkan tempat ke separuh akhir kejohanan badminton berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-dua beregu lelaki itu dalam misi wajib menang ke atas lawan masing-masing hari ini untuk mara ke separuh akhir.
Ikuti hari ketiga Jelajah Dunia Akhir BWF secara langsung di Astro, saluran 815 & 816 bermula 9:30 pagi ini!
.....
Selangor belasah Kelantan Darul Naim 5-1 pada aksi suku akhir pertama bola sepak Piala Cabaran di Stadium MBPJ.
Gol-gol kemenangan Selangor dijaringkan oleh Ronnie Fernandez, Mukhairi Ajmal dan Quentin Cheng.
.....
Dalam pada itu, JDT akan senaraikan barisan pemain terbaik menjelang aksi berdepan KL City pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam ini.
Pengendalinya Hector Bidoglio berkata JDT ambil pendekatan berbeza apabila sekali lagi berdepan skuad kendalian Miroslav Kuljanac yang mungkin ubah corak permainan mereka.
Saksikan secara langsung aksi Piala Malaysia antara JDT dengan KL City di Astro, saluran 803 bermula 8.30 malam ini!
.....
Skuad hoki remaja wanita negara tewas 0-4 kepada China pada aksi Kumpulan A Piala Remaja Asia di Oman.
Skuad Young Tigress dijadual bertemu Hong Kong pada penentuan tempat kelima hingga kelapan Sabtu ini.
Untuk rekod, pemenang aksi itu akan ke penentuan tempat ke-5 dan ke-6 bagi merebut slot akhir ke Piala Dunia Remaja Wanita, tahun depan.
.....
Dan Jaguh e-sport negara, Minbappe dinobat sebagai juara FIFA e-Piala Dunia Mobile selepas tewaskan wakil Maghribi 2-0 pada aksi final.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi