← Back to list
Jelajah Dunia Akhir BWF: Hasrat Pearly Tan-M Thinaah ke separuh akhir musnah!
Dec 12, 2024
Cabaran Pearly Tan-M Thinaah pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF di China berakhir.
Ini selepas mereka catat kekalahan kedua...tewas kepada beregu dari India.
Dalam pada itu, beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Eei Wei tempah slot ke separuh akhir selepas tundukkan pasangan Indonesia.
Manakala Goh Soon Huat-Shevon Lai yang tewaskan wakil Jepun, perlu menang perlawanan ketiga esok untuk tentukan kemaraan.
Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin turut beraksi hari ini, dan anda boleh saksikannya secara langsung SEKARANG di Astro, saluran 815 & 816!
__
Hannah Yeoh memaklumkan pihaknya akan merangka satu kod baharu berkaitan etika pemakaian atlet termasuklah membabitkan penggunaan Jalur Gemilang pada pakaian mereka.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata langkah itu bagi mengelakkan insiden sama berulang membabitkan jaguh badminton perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, semalam.
Kemenangan Zii Jia dalam perlawanan pertama Jelajah Dunia Akhir BWF dibayangi kontroversi apabila dia memakai baju yang memaparkan bendera Malaysia secara terbalik.
__
Dan, Pau Marti Vicente gembira dengan kemenangan 3-2 diraih Malaysia pada aksi kedua Kumpulan A bola sepak Piala ASEAN.
Pengendali kebangsaan itu berkata skuad Harimau Malaya sudah berikan yang terbaik berdepan Timor Leste, biarpun dihimpit isu kekurangan pemain ekoran kecederaan.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia naik ke tangga teratas kumpulan A - 1 mata mengatasi Thailand dan Singapura.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi