← Back to list
Moraes cipta sensasi muncul penjaring terbanyak!
Jan 12, 2026
Mesin gol Selangor, Chrigor Moraes cipta sensasi apabila berjaya merampas kedudukan pendahulu carta penjaring terbanyak Liga Super musim ini.
Penyerang Brazil itu memperagakan ketajamannya apabila jaringkan empat gol ketika bantu skuad The Red Giants benam DPMM FC 5-2 sekali gus mengumpul 16 gol setakat ini.
Moraes kini berkelebihan tiga gol mengatasi penyerang JDT, Bergson da Silva dengan 13 gol dan juga seorang lagi tonggak JDT, Jairo da Silva dengan 12 gol.
__
Liverpool kehilangan beberapa tonggak utama pada aksi ketiga Piala FA berdepan Barnsley, awal pagi esok.
Ia susulan The Reds kini dihimpit kecederaan termasuk Alexander Isak dan Hugo Ekitike yang direhatkan serta Conor Bradley yang diketepikan sepanjang musim ini.
Ikuti aksi antara Liverpool dan Barnsley secara langsung bermula 3:45 pagi nanti di Astro, saluran 814 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, Manchester United dijangka umum pengendali baharu dalam masa terdekat.
Menurut laporan, Michael Carrick and Ole Gunnar Solskjaer menjadi calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ruben Amorim.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi