Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita sukan

← Back to list

BWF: Tan Bin Shen harap beregu lelaki beri 100%!

Dec 10, 2024


6 wakil Malaysia bakal memulakan cabaran pada saingan akhir Badminton Jelajah Dunia di China, esok. 

Mereka ialah jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzudin, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah serta beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai. 

Dalam pada itu, ketua jurulatih beregu lelaki negara berharap kedua-dua anak buahnya dapat memberikan 100 peratus kerana mana-mana pemain yang layak hanya fokus untuk menang. 

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan wakil tuan rumah yang berada di ranking kedua.  

Sementara itu, Goh Sze Fei-Nur Izzudin dijangka berdepan tugas sukar apabila diundi dalam Kumpulan A bersama juara Olimpik dua kali dari Taiwan serta beregu nombor tiga dunia dari Denmark. 

Anda boleh saksikan Saingan Akhir Badminton Jelajah Dunia secara langsung di Astro, saluran 815 bermula 9:30 pagi esok! 

__ 

Dalam pada itu, pemain nombor satu dunia dari China, Shi Yuqi dinobatkan sebagai Pemain Perseorangan Lelaki Terbaik di anugerah Persekutuan Badminton Dunia. 

Manakala pemain Denmark, Viktor Axelsen telah dipilih sebagai Pemain Terbaik menerusi undian pemain.  

Sementara itu, Juara Olimpik An Se-young dari Korea Selatan dinobatkan sebagai Pemain Perseorangan Wanita Terbaik tahun ini. 

__ 

Dan, Malaysia komited untuk beri aksi cemerlang dalam misi meraih tiga mata menjelang perlawanan kedua Kumpulan A Piala ASEAN berdepan Timor-Leste, esok. 

Pau Marti Vicente berkata biarpun terdapat jurang besar dalam kedudukan ranking namun pengendali kebangsaan itu tidak mahu memandang rendah terhadap pasukan lawan. 

Terdahulu, Malaysia seri 2-2 dengan Kemboja pada perlawanan pertama Kumpulan H sekali gus meletakkan skuad Harimau Malaya di kedudukan ketiga dengan satu mata. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi