← Back to list
EPL: United buru kelompok tiga pasukan teratas!
Feb 10, 2026
Manchester United intai peluang untuk berada dalam kelompok tiga pasukan teratas apabila berdepan West Ham pada aksi EPL, awal pagi esok.
Kapten United, Bruno Fernandes gesa rakan sepasukan kekalkan momentum terbaik bagi mencipta kemenangan kelima berturut-turut.
United kini menghuni tangga keempat dengan 44 mata, beza tiga mata dengan pencabar terdekat Aston Villa selepas catat kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan di bawah kendalian Michael Carrick.
Ikuti aksi antara West Ham dan United secara langsung bermula 4 pagi nanti di Astro, saluran 812 dan aplikasi Sooka!
__
Xisco Munoz tuntut JDT buru kemenangan pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit berdepan kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima.
Pengendali JDT itu optimis memandangkan motivasi anak buahnya sedang berada pada tahap terbaik selepas layak ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN.
Skuad Harimau Selatan itu kini berada di tangga keenam Kumpulan A dan hanya lapan pasukan teratas akan mara ke peringkat seterusnya
Saksikan perlawanan itu secara langsung SEKARANG di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, BAM akui berdepan cabaran dari segi kewangan dan logistik bagi menganjurkan Terbuka Malaysia bertaraf Super 1000 bermula tahun depan.
Namun Setiausaha Agungnya, Datuk Kenny Goh berkata badan induk berkenaan menyifatkan ia sebagai langkah penting demi pembangunan sukan badminton negara.
Terdahulu, BWF umum penstrukturan semula kejohanan Jelajah Dunia dengan saingan Super 1000 akan berlangsung selama 11 hari selain tawar wang kemenangan lebih RM7 juta tahun ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi