← Back to list
Sukan SEA 2025: Malaysia raih pingat sulung
Dec 08, 2025
Malaysia raih pingat gangsa pada Sukan SEA di Thailand yang juga pingat pertama negara pada temasya sukan itu.
Ini selepas skuad badminton wanita negara tewas 2-3 kepada Indonesia dalam aksi separuh akhir.
Sementara itu pasukan lelaki negara sedang menentang Thailand dalam perlawanan separuh akhir mereka.
Setakat ini Malaysia ketinggalan 0-1 kepada pasukan tuan rumah selepas perseorangan, Leong Jun Hao tewas kepada Kunlavut Vitisdarn.
Saksikan Sukan SEA 2025 secara langsung di Astro saluran 801 dan aplikasi Sooka.
Dalam perkembangan selanjutnya, kem ragbi 7 sebelah wanita negara pada Sukan SEA kini mengharapkan perkembangan positif kesihatan pemainnya sebelum saingan bermula.
Ini selepas hampir separuh anggota skuad itu dijangkiti virus Influenza sekaligus memaksa mereka dikuarantin.
Sebagai makluman, Malaysia akan berdepan Singapura pada perlawanan sulung hujung minggu ini.
Beralih ke perkembangan bola sepak Sukan SEA pula.
Selepas benam Laos dalam aksi pertama kumpulan B, skuad bawah 23 tahun negara akhirnya akan berdepan ujian sebenar mereka apabila menentang Vietnam, Khamis ini.
Pengendali kebangsaan, Nafuzi Zain juga mengakui, mereka perlu pamer persembahan lebih kemas dengan misi memburu kemenangan untuk menjadi juara kumpulan.
Beliau juga memaklumkan, pemain Terengganu FC, Ubaidullah kembali sertai skuad selepas terikat dengan aksi Liga Super sebelum ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi