← Back to list
Man United Semakin Menyerlah!
Feb 08, 2026
Manchester United meneruskan rentak kemenangan di bawah kendalian Michael Carrick.
Ini selepas skuad The Red Devils menewaskan Tottenham 2-0 pada aksi EPL menerusi jaringan Bryan Mbeumo dan Bruno Fernandes.
Keputusan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan United dalam kelompok empat teratas liga.
Aksi lain berkesudahan,
Arsenal terus kukuh di persada EPL selepas benam Sunderland 3-0.
Cole palmer menjaringkan hatrik untuk bantu Chelsea kalahkan Wolves 3-1,
Dan Aston Villa kekal di tangga ketiga liga selepas seri 1-1 dengan Bournemouth.
.....
Barcelona kini mendahului empat mata di puncak La Liga selepas raih kemenangan bergaya 3-0 ke atas Mallorca.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, Kuching City menewaskan kelab Brunei, DPMM FC 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa bekalan selesa pada aksi timbal balik nanti.
.....
Dalam pada itu, Selangor buru kemenangan apabila bertemu tuan rumah, Negeri Sembilan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam ini.
Ikuti secara langsung aksi berkenaan bermula 9 malam ini, di ASTRO saluran 803 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, Penang terikat tanpa jaringan dengan Tuan rumah, Kelantan Red Warrior pada aksi suku akhir pertama Piala Cabaran Malaysia malam tadi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi