Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita sukan

← Back to list

Isu pemalsuan dokumen: FAM jawab tuduhan FIFA

Oct 07, 2025


Menteri Belia dan Sukan gesa FAM memulakan proses rayuan segera bagi mempertahankan maruah bola sepak tanah air. 

Hannah Yeoh menyifatkan alasan penghakiman yang dikeluarkan FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya sebagai dakwaan yang sangat serius dan menjejaskan imej negara. 

Dalam pada itu, FAM menegaskan dakwaan bahawa pemain "memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu" adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini. 

Jelasnya, ia berlaku kerana ralat pentadbiran berpunca daripada kesilapan memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh JPN.  

FAM kini sedang menyediakan rayuan rasmi dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia. 

Terdahulu, FIFA memutuskan FAM membayar denda sebanyak RM1.8 juta manakala tujuh pemain dikenakan denda lebih RM10,000 dan digantung setahun.  

__

Dalam perkembangan lain, Kementerian Belia dan Sukan berharap agar peruntukan bagi program Road To Gold diteruskan dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Jumaat ini. 

Menterinya, Hannah Yeoh berkata ia bagi memastikan atlet negara terus mampu bersaing di peringkat tertinggi termasuk temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Los Angeles 2028. 

Pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kewangan bagi membentangkan senarai penuh keperluan dan keutamaan KBS untuk tahun depan. 

__ 

Dan, juara Dunia MotoGP 2025, Marc Marquez sah akan terlepas aksi perlumbaan pusingan GP Australia dan Malaysia. 

Ia susulan kecederaan yang dialami ketika terjatuh dalam kemalangan yang berlaku di Litar Mandalika hujung minggu lalu. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Hari Minggu

7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang

Hujung Minggu

8 pagi, 9 pagi, 10 pagi
ads-with-us ads-with-us ads-with-us