← Back to list
Seluruh England: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir!
Mar 07, 2026
Aaron Chia-Soh Wooi Yik tempah tiket ke separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England!
Beregu lelaki nombor dua dunia itu tewaskan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam pertarungan tiga set.
Turut mara, beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang tundukkan gandingan Indonesia.
__
Terengganu raih tiga mata penuh selepas tewaskan Kelantan The Real Warriors 2-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.
Gol dijaringkan Gervane Kastaneer untuk mendahului 1-0 sebelum sepakan penalti Shervoni Mabatshoev memastikan kemenangan buat skuad Penyu.
Terengganu kini menghuni tangga kelima liga dengan 31 mata.
__
Dan, Liverpool mara ke suku akhir Piala FA!
Skuad kendalian Arne Slot benam Wolves 3-1 pada aksi pusingan kelima, awal pagi tadi.
Gol dijaringkan Andrew Robertson dan Mohamed Salah sebelum Curtis Jones jaringkan gol kemenangan The Reds.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi