← Back to list
Sukan SEA: Skuad wanita negara tewas 0-7 kepada Vietnam
Dec 06, 2025
Skuad bola sepak wanita negara tewas 0-7 kepada juara bertahan Vietnam pada aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA Thailand.
Keputusan itu menyaksikan Vietnam berada di kedudukan teratas kumpulan, berkongsi tiga mata dengan Myanmar yang kalahkan Filipina 2-1.
Malayan Tigress seterusnya akan bertemu Myanmar Isnin ini, sebelum menutup saingan kumpulan berdepan Filipina, Khamis depan.
__
Sementara itu, Nafuzi Zain tuntut skuad bawah 23 tahun negara fokus 100 peratus dalam misi meraih kemenangan berdepan Laos pada aksi pertama Sukan SEA Thailand, petang ini.
Pengendali skuad Harimau Muda itu berkata ia bagi menamatkan prestasi hambar pasukan apabila sering gagal melakar keputusan positif pada aksi pertama sebelum ini.
Saksikan Malaysia lawan Laos secara langsung bermula 4:50 petang ini di Astro Arena Bola 2, saluran 804 dan aplikasi Sooka!
__
Dan antara undian kempen Piala Dunia 2026,
England akan memulakan saingan berdepan Croatia dalam kumpulan L.
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu bakal membawa misi utama - mengakhiri kemarau enam dekad Piala Dunia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi