← Back to list
Piala ASEAN: Medan terbaik hadiah perpisahan buat Pau Marti - Syamer
Dec 06, 2024
Kapten Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba anggap saingan Piala ASEAN 2024 sebagai medan terbaik untuk beri hadiah perpisahan bermakna buat pengendalinya, Pau Marti Vicente.
Syamer berkata semua pemain akan cuba beri aksi terbaik dalam misi meraih kemenangan pada aksi pertama Kumpulan A berdepan Kemboja, Ahad ini.
Semalam, Pau Marti umumkan dia bakal letak jawatan sebagai pengendali kebangsaan selepas tamat kempen Piala ASEAN.
__
Sementara itu, ketua jurulatih Selangor gembira dan bangga dengan kemenangan diraih pasukannya selepas benam Cebu FC 4-0 pada aksi ACL 2.
Namun Katsuhito Kinoshi akui dia turut sedih apabila kemenangan yang diraih dari gelanggang lawan gagal membawa The Red Giants ke pusingan 16.
Tiket ke pusingan 16 itu menjadi milik Muangthong United selepas wakil Thailand itu berjaya tewaskan Jeonbuk FC 1-0.
__
Datuk Ahmad Shapawi Ismail sahkan akan bertanding merebut jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.
Keputusan itu menyaksikan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara selama sembilan tahun itu akan keluar daripada persaraannya.
__
Dan, Pasukan Lee Zii Jia umumkan pengarah kejurulatihannya, Wong Tat Meng akan melepaskan jawatan susulan tamat kontrak pada 31 Disember ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi