← Back to list
JDT kekalkan rekod kemenangan
Oct 06, 2025
JDT kekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam saingan Liga Super musim ini selepas belasah PDRM 7-0.
Arif Aiman dan Jairo masing-masing jaringkan 2 gol untuk bantu JDT catat 3 mata penuh di tempat lawan.
Skuad Harimau Selatan yang kekal di tangga teratas liga kini 5 mata mengatasi pencabar terdekatnya, KL City di kedudukan kedua.
Dalam satu lagi aksi, Selangor benam Imigresen 3-1.
__
Manchester City menang tipis 1-0 ke atas Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris.
Gol kemenangan City dijaringkan oleh Erling Haaland seawal minit ke-9 perlawanan.
Keputusan itu menyaksikan City naik ke tangga ke-5 liga, kurang 1 mata untuk berada dalam 4
kelompok teratas.
Keputusan lain berkesudahan Aston Villa kalahkan Burnley 2-1, Everton atasi Crystal Palace juga 2-1 dan Wolves seri 1 sama dengan Brighton.
---
Rekod tanpa kalah Barcelona dalam saingan La Liga musim ini lebur apabila tewas 1-4 kepada Sevilla.
Keputusan itu juga menyaksikan Barca terlepas peluang untuk kembali ke tangga teratas liga dan kekal di tangga kedua, dua mata di belakang pendahulu, Real Madrid.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan pertama Sevilla ke atas Barca dalam saingan itu sejak 2015.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi