← Back to list
BATC: Kempen skuad wanita negara terhenti pada suku akhir
Feb 06, 2026
Cabaran skuad wanita negara pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia berakhir.
Ini selepas mereka tewas 0-3 kepada Korea Selatan pada aksi suku akhir.
Keputusan itu menyaksikan pencapaian terbaik skuad wanita negara pada kejohanan tersebut kekal dua pingat gangsa yang dimenangi pada edisi 2020 dan 2022.
__
Pengendali KL City akui anak buahnya bakal berdepan tugas getir pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia berdepan tuan rumah Terengganu, malam ini.
Risto Vidakovic tuntut skuad City Boys tampil dengan persediaan rapi dan mental kuat bagi memastikan tidak tersingkir awal.
Saksikan Terengganu lawan KL City secara langsung bermula 8:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, Arsenal dihimpit kecederaan menjelang aksi EPL berdepan Sunderland, esok.
Pengendali Mikel Arteta maklumkan Bukayo Saka perlu jalani ujian lanjut bagi menentukan tempoh pemulihan, manakala Mikel Merino berehat panjang.
Kapten The Gunners, Martin Odegaard pula masih berpeluang untuk diturunkan susulan hanya alami kecederaan ringan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi