← Back to list
Man U Terus Bergelut Dengan Prestasi
Dec 05, 2025
Hasrat Manchester United untuk naik ke kelompok lima teratas EPL tidak kesampaian.
Ini selepas West Ham bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1 sama dengan skuad The Red Devils pada aksi awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan United duduki tangga ke-8 liga dengan mengumpul 22 mata selepas 14 perlawanan.
.....
Trent Alexander-Arnold dijangka berehat selama dua bulan selepas alami kecederaan paha ketika Real Madrid tewaskan Athletic Bilbao pada aksi La Liga.
Ini merupakan kecederaan terbaharu buat Alexander-Arnold yang sudah terlepas enam minggu aksi akibat kecederaan hamstring sebelum ini.
.....
JDT bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2 sama dengan kelab Kemboja, PKR Svay (sevai) Rieng pada aksi Kejuaraan Kelab ASEAN.
Ketinggalan 2 gol pada babak pertama, Shane Lowry dan Corbin Ong masing-masing muncul penyelamat JDT apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan.
.....
Akhir sekali, Malaysia tewas 1-3 kepada Afrika Selatan pada perlawanan klasifikasi tempat ke-9 hingga ke-16 Piala Dunia Hoki Remaja 2025.
Keputusan itu menyaksikan skuad hoki lelaki negara akan bersaing pada aksi penentuan klasifikasi tempat ke-13 hingga ke-16.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi