← Back to list
Zii Jia kembali ke gelanggang minggu depan!
Mar 05, 2026
Lee Zii Jia bakal kembali ke gelanggang menerusi kejohanan badminton Terbuka Swiss, minggu depan.
Pemain perseorangan lelaki negara itu akan memulakan cabaran pada pusingan kelayakan berdepan wakil Jepun.
Kali terakhir Zii Jia diletakkan dalam pusingan kelayakan adalah ketika Masters Malaysia pada 2019.
__
Xisco Munoz memuji JDT yang pamer aksi berkualiti tinggi sekali gus berjaya benam Sanfrecce Hiroshima 3-1 pada aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit, malam tadi.
Pengendali skuad Harimau Selatan itu berkata ia satu pencapaian besar namun tegasnya perlawanan timbal balik di tempat lawan, Rabu depan lebih penting.
Justeru, beliau tuntut anak buahnya mengekalkan momentum cemerlang bagi mencerahkan peluang JDT mara ke suku akhir.
__
Dan, pengendali sementara Manchester United akui kecewa apabila anak buahnya tewas 1-2 kepada Newcastle pada aksi EPL, awal pagi tadi.
Michael Carrick berkata anak buahnya gagal pamer aksi terbaik sekali gus catat kekalahan sulung di bawah kendaliannya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi